Friday, March 4, 2011

Yang dinamakan KE-BE-TU-LAN

Ape yg kebetulan sngt ni? haa, ni die.. cube tgk ape yg ade dlm gmbor di bwh ni :

haaa, bace wall post tuh.. aku post cenggitu sebab nk menabahkan hati kerana kreta yg aku pkai iaitu kereta kakak aku telah rosak spark plug die.. die kakak aku amat mnyangi kereta die so utk cool down kn hati die aku tulis ler cenggitu..  wall post itu ditulis pada pukul 5pm+.. dan di komen oleh kawan aku pd pkul 7pm+.. dalam 2jam jarak waktu ni, aku xde internet connection. So aku xley update ape yg berlaku ketika itu. Ape yg berlaku? yaa, pada pkul 6.30pm+ satu kejadian yg aku bleh gelar KEBETULAN.. ape yg kebetulan? tgk komen kawan aku dlm wall post itu.. "bako je". secara KEBETULAN, kt umah aku ade kebakaran kecil yg berlaku.. kecik x kecik ah brader.. kalo dibiorkn besor jugek!

Dlm kejadian ini, Pak Ashim iaitu my the only beloved father muah muah telah mnyelamatkn keadaan. Wahh bapak ku hero! Dengan gaya padayappa nye die terjah masuk dlm dapur dan tutup api.. Kakak ku yg terpinga2 msuk ke dapur nk tgk ape berlaku menjadi pelik sbab encik Hero ni gi tutup tingkap.. abis berkepok asap dlm rumah.. Kakak ku ckp En. Hero dah gelabah tatau nak wat ape.. hahahaha.. Mende ni jadi sbab The Mak Debab iaitu my the only beloved mama muah muah telah terlupa nak tutup api lepas goreng ikan. Sian mak aku.. Berikut adalah gmbr2 ditmpat kejadian :




Dan.. ini lah mangsa keadaan :



hahaha.. memang kebetulan.. Mak aku sgt sedih sbab mende ni xpnah jadi kat die.. sian mak aku.. die rasa ralat sbab jadi camni.. Wahai mak, jgn ler sedey2 ek.. syukur lah xde ape2 yg jadi.. slmt kat dapur je.. kalo 1 rumah, lagi sedey kan? Waktu kejadian ni, ape yg boleh membuatkn En. Hero ni sedar sbab rumah blackout.. takde karen.. tu yang usha2 tuh.. sib baik En. Hero gi dapur dulu.. huhu..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yg telah melindungi kami sekeluarga. Slmt kuali ngan dinding je jadi korban. Dan yang paling xbley blah skali adalah ayat mak aku :

"abis la aku.. kene perli ngan anak yg besor tu utk sebulan ni"

yaa kami sekeluarga mmg suke begitu.. saje menambah kemesraan dan guess what? ia berkesan.. muahaha..

okeh, pesanan penaja "jgn main api, time die kecik kawan ler.. dah besor, amik ko.."

EDIT : Tulisan MERAH adalah tambahan diatas permintaan Auntie Lin kita.. hehe

sekian.

Saya, Me dan Im

Yeahh seperti tajuk diatas, aku ingin knalkan diri ini.. Nama pe'enoh Abdul Qayyum Bin Mohd Hashim. Name timangan ayum, name membe2 Qay/Qayyum dan name World Wide Web adalah Aqamoha. Ape tu Aqamoha? Aqamoha adalah kombinasi atau kompilasi Abdul Qayyum Mohd Hashim. Nmpak itu tulisan merah pnye abjad? haa itu la die.. kacak kan name ni? xcaya? sila search kat google ade x name ni selain aku.. muahaha..

Tujuan buat blog? xde tujuan.. sbab kalo aku buat tujuan, nnt x update rmai yg bising(konon2 rmai la yg bace). Jadi, xyah tnye apsal aku buat blog.. kalo aku suke aku update, xsuka pigi mam sama ini blog..

sekian.

Wednesday, February 16, 2011

Cara baru nak curi kereta! Watahel?

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

p/s : aku amik dari facebook. Note dari PDRM sendiri. Sebar!!

Debat Professor Atheist dan pelajar Islam

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini aku amik dr forum.lowyet.net

Thursday, January 20, 2011

Temujanji Dengan Seorang Wanita

Ini adalah 1st entry aku. Harap beri tunjuk ajar. Hohohoho.

Temujanji Dengan Seorang Wanita

Selepas 21 tahun berkahwin, isteriku meminta supaya membawa perempuan lain untuk keluar makan dan menonton wayang. Dia cakap dia cintakan aku tetapi perempuan ini sangat mencintai aku dan ingin sangat bersama dengan aku.

Perempuan yang isteriku maksudkan ialah IBU aku, yang aku telah abaikan selama 19 tahun oleh kerana kerja aku yang sangat banyak dan hidupku yang sibuk untuk membesarkan 3 orang anak yang aku ada membuatkan aku sangat payah untuk berjumpa dengan ibuku selalu.

Pada malam itu juga, aku menghubungi ibuku untuk mengajak dia keluar makan dan bersama dengan dia.

“Apa yang tak kena? Kamu tak sihat ke?” ibuku bertanya. Dia terkejut dengan panggilan aku kerana dia menyangka ada sesuatu yang berlaku kerana tidak pernah aku menghubunginya pada lewat malam begini. Dan juga dia terkejut dengan pelawaan ku untuk mengajak dia keluar dan manghabiskan masa bersama.

Aku membalas “Saya rasa macam nak keluar makan dengan mak lah. Kita berdua sahaja. Dah lama saya tak luangkan masa bersama mak”

Ibuku terdiam seketika dan berkata “Baiklah nak, mak pun rindu kat kamu jugak”

Pada hari pertemuan kami, lepas sahaja balik kerja aku terus pergi mengambil ibuku. Sedikit rasa gementar nak berjumpa ibuku. Kerana sudah lama aku tidak berjumpa dengan dia.
Bila aku sampai di rumah ibuku, aku perasan yang ibuku juga berasa agak gementar. Dia tunggu di muka pintu dengan baju yang dia pakai ketika majlis sambutan ulang tahun yang terakhir bersama arwah ayahku.

Apabila dia ternampak ku, terpancar senyuman ibu yang sudah lama aku tidak lihat.
“Ibu bagitahu pada rakan2 ibu yang ibu ada “temujanji” dengan anak ibu dan mereka semua teruja.” Ibuku memulakan perbualan sebaik sahaja dia memasuki kereta. “Mereka tidak sabar untuk tahu apa yang berlaku nanti.” Ibuku menambah. Kami berdua ke kedai makan yang tidak terlalu mewah dan tidak terlalu buruk. Ianya selesa dan menenangkan. Sebaik sahaja masuk ke kedai itu, ibuku memegang tanganku. Terasa sentuhan manja ibuku yang sudah lama aku lupa.
Sampai di meja kami, aku duduk dan baca menu yang dicetak agak besar tulisannya. Aku membelek2 menu itu. Tidak sampai separuh, aku mengangkat mataku dan memandang ibuku yang leka memandangku. Satu senyuman manis dilemparkan padaku membuat aku terkenang ketika zaman kecil2 dahulu.

“Dulu, ibu lah yang selalu bacakan menu untuk kamu ketika kamu kecil.” Ibuku berkata. “sekarang giliran saya pula lah ibu bacakan menu untuk ibu.” Aku membalas sambil tersenyum.
Ketika makan, kami berbual panjang tentang kehidupan masing2. Tiada yang luarbiasa, hanya berbual kosong.

Kami berbual panjang sehingga terlupa waktu sudah hampir tengah malam.

Apabila sampai dirumah ibu untuk menghantarnya pulang, ibuku berkata “Ibu harap lepas ni ibu dapat keluar dengan kamu lagi, tetapi kali ni biar ibu yang ajak”. Aku bersetuju.

Sampai sahaja dirumah, isterku bertanya “So how? Ok?”. “Sangat menyeronokkan. Lebih dari apa yang saya jangka kan” aku membalas.

Selang beberapa hari, Ibuku diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Ia berlaku dengan sekelip mata sehinggakan aku tidak mampu untuk lakukan apa2. Selepas beberapa ketika, aku menerima sampul dengan salinan resit restoran yang aku dan ibuku makan tempoh hari.
Ada sekeping nota yang dilampirkan bersama. 

“Ibu telah bayar bil di restoran lebih awal kerana ibu tidak pasti samada ibu dapat pergi ke restoran itu pada hari yang ditempah. Ibu sebenarnya telah bayar untuk 2 orang makan, untuk kamu dan isteri kamu. Ibu tidak tahu bagaimana nak gambarkan betapa seronoknya hati ibu bila kamu yang ajak ibu keluar malam itu. Ia pengalaman sangat bermakna untuk ibu sepanjang hayat ibu. 

Ibu Sayang Kamu.

Basah pipiku dengan linangan air mati lelaki. Aku menangis teresak2. Pada ketika itu, baru ku sedar yang perkataan “Saya sayang ibu” begitu bermakna. Tapi kini ibuku tiada lagi dan perkataan itu sudah tidak bermakna lagi.

Walau sesibuk mana hari kamu, ingatlah. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk menyembah Allah dan beberapa ketika sahaja untuk bersama keluarga. Hidup kita tidak kekal, dan bila tiba masanya mereka yang tersayang akan pergi selamanya. Selagi ada masa, sayangilah ibu dan ayah kamu. Luahkan sebentar masa bersama mereka dan jangan sesekali tangguhkan perbuatan ini. Mereka lah pencetus kejayaan kamu sekarang.