Thursday, January 20, 2011

Temujanji Dengan Seorang Wanita

Ini adalah 1st entry aku. Harap beri tunjuk ajar. Hohohoho.

Temujanji Dengan Seorang Wanita

Selepas 21 tahun berkahwin, isteriku meminta supaya membawa perempuan lain untuk keluar makan dan menonton wayang. Dia cakap dia cintakan aku tetapi perempuan ini sangat mencintai aku dan ingin sangat bersama dengan aku.

Perempuan yang isteriku maksudkan ialah IBU aku, yang aku telah abaikan selama 19 tahun oleh kerana kerja aku yang sangat banyak dan hidupku yang sibuk untuk membesarkan 3 orang anak yang aku ada membuatkan aku sangat payah untuk berjumpa dengan ibuku selalu.

Pada malam itu juga, aku menghubungi ibuku untuk mengajak dia keluar makan dan bersama dengan dia.

“Apa yang tak kena? Kamu tak sihat ke?” ibuku bertanya. Dia terkejut dengan panggilan aku kerana dia menyangka ada sesuatu yang berlaku kerana tidak pernah aku menghubunginya pada lewat malam begini. Dan juga dia terkejut dengan pelawaan ku untuk mengajak dia keluar dan manghabiskan masa bersama.

Aku membalas “Saya rasa macam nak keluar makan dengan mak lah. Kita berdua sahaja. Dah lama saya tak luangkan masa bersama mak”

Ibuku terdiam seketika dan berkata “Baiklah nak, mak pun rindu kat kamu jugak”

Pada hari pertemuan kami, lepas sahaja balik kerja aku terus pergi mengambil ibuku. Sedikit rasa gementar nak berjumpa ibuku. Kerana sudah lama aku tidak berjumpa dengan dia.
Bila aku sampai di rumah ibuku, aku perasan yang ibuku juga berasa agak gementar. Dia tunggu di muka pintu dengan baju yang dia pakai ketika majlis sambutan ulang tahun yang terakhir bersama arwah ayahku.

Apabila dia ternampak ku, terpancar senyuman ibu yang sudah lama aku tidak lihat.
“Ibu bagitahu pada rakan2 ibu yang ibu ada “temujanji” dengan anak ibu dan mereka semua teruja.” Ibuku memulakan perbualan sebaik sahaja dia memasuki kereta. “Mereka tidak sabar untuk tahu apa yang berlaku nanti.” Ibuku menambah. Kami berdua ke kedai makan yang tidak terlalu mewah dan tidak terlalu buruk. Ianya selesa dan menenangkan. Sebaik sahaja masuk ke kedai itu, ibuku memegang tanganku. Terasa sentuhan manja ibuku yang sudah lama aku lupa.
Sampai di meja kami, aku duduk dan baca menu yang dicetak agak besar tulisannya. Aku membelek2 menu itu. Tidak sampai separuh, aku mengangkat mataku dan memandang ibuku yang leka memandangku. Satu senyuman manis dilemparkan padaku membuat aku terkenang ketika zaman kecil2 dahulu.

“Dulu, ibu lah yang selalu bacakan menu untuk kamu ketika kamu kecil.” Ibuku berkata. “sekarang giliran saya pula lah ibu bacakan menu untuk ibu.” Aku membalas sambil tersenyum.
Ketika makan, kami berbual panjang tentang kehidupan masing2. Tiada yang luarbiasa, hanya berbual kosong.

Kami berbual panjang sehingga terlupa waktu sudah hampir tengah malam.

Apabila sampai dirumah ibu untuk menghantarnya pulang, ibuku berkata “Ibu harap lepas ni ibu dapat keluar dengan kamu lagi, tetapi kali ni biar ibu yang ajak”. Aku bersetuju.

Sampai sahaja dirumah, isterku bertanya “So how? Ok?”. “Sangat menyeronokkan. Lebih dari apa yang saya jangka kan” aku membalas.

Selang beberapa hari, Ibuku diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Ia berlaku dengan sekelip mata sehinggakan aku tidak mampu untuk lakukan apa2. Selepas beberapa ketika, aku menerima sampul dengan salinan resit restoran yang aku dan ibuku makan tempoh hari.
Ada sekeping nota yang dilampirkan bersama. 

“Ibu telah bayar bil di restoran lebih awal kerana ibu tidak pasti samada ibu dapat pergi ke restoran itu pada hari yang ditempah. Ibu sebenarnya telah bayar untuk 2 orang makan, untuk kamu dan isteri kamu. Ibu tidak tahu bagaimana nak gambarkan betapa seronoknya hati ibu bila kamu yang ajak ibu keluar malam itu. Ia pengalaman sangat bermakna untuk ibu sepanjang hayat ibu. 

Ibu Sayang Kamu.

Basah pipiku dengan linangan air mati lelaki. Aku menangis teresak2. Pada ketika itu, baru ku sedar yang perkataan “Saya sayang ibu” begitu bermakna. Tapi kini ibuku tiada lagi dan perkataan itu sudah tidak bermakna lagi.

Walau sesibuk mana hari kamu, ingatlah. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk menyembah Allah dan beberapa ketika sahaja untuk bersama keluarga. Hidup kita tidak kekal, dan bila tiba masanya mereka yang tersayang akan pergi selamanya. Selagi ada masa, sayangilah ibu dan ayah kamu. Luahkan sebentar masa bersama mereka dan jangan sesekali tangguhkan perbuatan ini. Mereka lah pencetus kejayaan kamu sekarang.